Kamis, 21 April 2011

Aku seorang perantau



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Nukilan sajak hari jumaat yang mulia ini. Moganya ia bermanfaat untuk anda dan aku sendiri.

Aku seorang perantau…
Meniti jalan kehidupan yang semakin mencabar….

Arus duniawi yang kian membuak di fikiran ini…

Apakah mampu untuk ku teruskan perantauan ini…

Doa dan harapan menggunung ibubapa di kampung halaman…

Aku seorang perantau…
Kini aku sudah berada diseparuh jalan..

Masih banyak lagi liku-liku kehidupan yang harus ku tempuhi…

Janganlah aku tergelincir dari matlamat asal ku ini…

Jalanan sepi perantau ini akan ku teruskan ..

Andai aku tersesat jalan, Ya Allah berikan aku Nur Hidayah mu

Agar aku sentiasa terus berada di landasan yang betul…

Dan aku memerlukan teman yang sejati , insan yang sering berada dipangkuan ku ,di ketika waktu susah dan senang..

Aku yang masih diperantauan, mencari rezeki, menimba ilmu duniawi dan ukhrawi…

Demi kesenangan masa hadapan…

Aku seorang perantau…
Ku belajar erti kesepian, kini baru aku merasa peritnya berjauhan….

Teman-teman ku rindukan, kegembiraan ku tinggalkan, kebahagian ku korbankan, dan kecintaan ku dambakan…

Yang bersikap sinis, menegur memberi nasihat, namun diri sendiri ini masih berkarat….

Kononnya akulah yang berserban berketayap, di depan bagaikan malaikat, namun di belakang , tiada siapa yang tahu…

Kerana itulah aku keseorangan, menyepi untuk ketenangan…

Merindukan kenangan-kenangan silam, beginilah waktu ditelan zaman….

Menjadi perantau yang kesepian.. apakah aku akan terus kesepian???

Tidak ada komentar:

Posting Komentar